LIRIK PILIHAN PUTRAHEARTY
KUMPULAN NASYID DEHEARTY
PASRAH SEGALANYA
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah
dan tohmahan yang menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sidi membela
Kutabahkan hatiku
harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku dilautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun
ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua Mencipta
Kerana
Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar
ini
Terasa bagainoktah telah ku temui
Mengakhiri segala apa yang telah ku mulai
Ya A llah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah
daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti ku di pertengahan
Kini disini aku
berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci
SELAWAT BURDAH
Wahai penghulu nabi tercinta
Dirimu
menerangi alam semesta
Walaupu tak dapat melihat wajahmu
Namun ku tetap menyayangi mu
Wahai nabi kekasih Allah
Sabarmu amat ku kagumi
Segala
pengorbanan mu akan ku kenang selamanya
Nasihat mu ku jadikan amalan
Bersama patuhi ajaran
KEMBARA HIDUP
Telah jauh aku mengembara
Mencari erti
hidup di dunia ini
Yang selama ini sering di salah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk
dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa telah
menempuh jalanan beronak duri
Terkadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang dimata
Kuturutkan jua hati yang
buta
Ku pasrahkan pada Mu Tuhan
Segala yang kan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Meciptakan dunia penuh
pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki ku melangkah
Kau pimpinlah tangan ku Tuhan
Agar tidak ku kesesatan
Dari jalan
syurga Mu yang ku idamkan
Kerana tidak ku terdaya menahan seksa neraka
Layakkah pula untuk aku ke Syurga
Ku hanya
hamba Yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa
Sering jua aku terleka
Dengan nikmat Mu yang melimpah
di depan mata
PENGANTIN BARU
Gembira bersama menanti hari
2 hati
saling di ikat berjanj
Melayar bahtera mahligai impian
Keluarga bahagia itulah harapan
Bejanji setia menempuh bersama
Susah dan senang di tempuh jua
Suami membimbing isterinya membantu
Barulah hidup kan kekal bahagia
Jangan diimpikan
bahagia selamanya
Tanpa kasih sayang patri bersama
Aqidah dibawa Islam dilaksana
Zuriat terbina pengikat jiwa
Hormat
menghaormati itulah seharusnya
Bertolak ansur diamal bersama
Maaf bermafan saling menyayangi
Doa di pinta kasih
diberi
Bila dua hati terjalin bersama
Selamat pengantin baru kami ucapkan
Moga kekal bahagia untuk selamanya
Anak
yang soleh itulah harapnya
DI HATI
Di hati bersama mengembara
Tiba masanya
tika saatnya kuterasa
Meredah lautan kasih sinar islam yang subur
Redup menyinar hati sanubari ku
Kutabahkan hatiku
di buang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan
Berikan
kekuatan dalam mencxari sinar
Di jalan ini ku hadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman teman harungi perjuangan
Biarpun
kekurangannya ada Takkan ku gundah
Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri berama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan
Di hati kita bersama..
Di
hati kita melangkah
Jangan dipisahkan kasih bersaudara
Jangan di dendamkan ukhwah yang terbiana
BIDADARI HIDUPKU
Persaan lahir dari sebuah pertemuan
Berputik
rindu dari hati yang amat mendalam
Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa ia dalam ingatan
Cinta yang
ku lafaz bukanlah cinta gurauan
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
Seikhlas hati ku semaikan benih kasih sayang
Moga
kekal menyinar dalam keredhaan
Kau umpama
Mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasai hidupku
Bersama
kasih sayang mu
Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannya kan
kekal bersama keimanan
Menyegari ruangan hati kesyahduan
Kudambakan padamu sebuah kasih dan sayang
Yang lahir dari
hati yang penuh ketulusan
Doaku agar tuhan memberkati cinta kita
Disinari kehidupan dengan rahmatNya
Isteri ku, kau
lah bidadari ku
Hadirlah bersamaku di setiap waktu
Ku janjikan setia ku hanya untukkmu
Dan kasih ku hanya pada mu
Oh
isteri ku
ABU BAKAR AS SIDDIQ
Kau sahabat sejati di sisi Rasullah
Sentiasa bersama senang atau susah
Kau lelaki pertama tika Islam bermula
Semarakkan obor perjuangan baginda
Oh
As-Siddiq
Gelaran yang terpuji
Indah maknanya setulus orangnya
Biarpun mereka sering mendustakan nya
Namun kau
tetap membenarkan
Rasulullah tercinta
Gua Thur saksikan pengorbananmu
Titisan air mata menahan keperitan
Namun
kau tetap teguh setia
Demi seorang insane
Kekasih Allah di ribaan
Abu Bakar As Siddiq
Khalifah dunia Islam
Kau
yang pertama pengganti Rasulullah
Mulia pekertimu penghias peribadi
Agung jasamu sanjungan hinggan kini
Pengorbanan
mu, kasih sayang mu, kecintaan mu
Menjadi tauladan ummah
Kau insane terbilang
Allah janjikan syurga
Walau kau
tiada kini
Sejarahmu abadi
Abu Bakar As-Siddiq
KASIH SAYANG
Umpama air yang mengalir
Sentiasa seiringan
satu haluan
Itulah hakikatnya kasih sayang
Yang mekar subur di hati kita
Kasih sayang bak bunga di taman
Harus
di jaga dan di bajai
Pastikan ia subur sentiasa
Agar harumannya dapat dirasai
Kasihlah kita sesema manusia
Seperti
kasih baginda pada kita
Abadikanlah di dalam jiwa
Kerana itulah kewajipan kita
Hapuskanlah segala persengkataan
Eratkan
kembali persaudaraan
Jalinkan kemesraan antara kita
Syurga abadi menanti di sana
Mari kita rapatkan ukhwah
Kerana
itulah Tuntutan agama
Pasti kita akan bahagia
Hidup aman dan sejahtera
INSPIRASI HATI
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati
dirimu
Engkau tiada lagi di sisi ku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasi ku
Kau mengajar ku erti khidupan
ini
Takkan ku lupakan nasihat mu
Kerna ianya berguna untukku
Seringkali aku berdoa padaNya
Agar tabah ku menyusuri
hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Kuharapkan
insan sepertimu/sebaikmu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya
Walau dirimu
tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepada mu
Kenangan bersama subur mewangi
Takkan luput dari ingatan ku..
Lirik : Kumpulan nasyid De Hearty
Album Dihati